Thursday, June 18, 2009

"Semangat Membara Seorang Sang Juara"

Istimewa untukmu putera puteriku, pejuang Zhulian,
Gunung itu tidak tinggi anakku,
Dengan keazaman kau mampu mendaki ke puncaknya,
Lautan itu tidak luas anakku,
Dengan ketabahan kau mampu menyeberanginya,
Lembah itu tidak curam anakku,
Dengan kecekalan kau mampu menuruninya,
Taufan itu tidak ganas anakku,
Dengan kehebatanmu kau mampu
menghadapinya,


Ayuh persiapkan diri untuk bangkit kembali,
Ayuh cekalkan hati, hadapi segalanya dengan berani,

Mulakan hayunan langkahmu hari ini,

Usahlah kau bertangguh lagi,

Percaya dan yakin, sesungguhnya hati,

Dengan kudrat anugerah ilahi,
Berbekal kegigihan juga kesabaran,

Berbekal kesungguhan juga kesanggupan,

Kejayaan gemilang akan kau bawa pulang,


Meski nama tidak sebaris bintang terbilang,
Namun yakinlah,
Piala kemenangan pasti dapat kau julang,

Kerana sesungguhnya....
Kau 'Juara' sebuah perjuangan!




Credit for:
RCM Pn. Salina Binti Selamat
Diamond Star 2007, 2008 & 2009
Zhulian Exclusive Member

No comments:

Post a Comment