Wednesday, May 13, 2009

Gaya hidup yang lebih baik dan sihat!




AIR DAN KEHIDUPAN

Air adalah elemen penting untuk kewujudan kehidupan. Air disingkirkan dari tubuh melalui air kencing dan pepeluhan, dan ia perlu ditambah kembali secara kerap. Tidak ramai orang yang minum air secukupnya lantas menyebabkan mereka terdehidrat, menunjukkan simptom seperti sakit kepala dan hilang daya tumpuan. Pendehidratan kronik boleh menjurus kepada beberapa masalah kesihatan termasuklah sembelit, kelesuan dan batu karang ginjal.

Hari ini, para pengguna semakin peka dan bimbang akan kualiti air yang diminum serta bagaimana ia bertindak sebagai komponen kritikal bagi menentukan kualiti kehidupan yang kita lalui. Memandangkan sehingga 70% tubuh manusia terdiri daripada air, maka jenis dan kualiti air yang kita minum adalah amat penting terhadap kesihatan kita.

HUBUNGAN PENTING ANTARA AIR DAN KESIHATAN
kandu
ngan air di dalam tubuh kita


Otak 80%
Jantung 75%
Paru-paru 86%
Hati 86%
Ginjal 83%
Otot 75%
Darah 83%
Tulang 22%

ANCAMAN BAHAYA MENANTI DI SEBALIK AIR MINUMAN ANDA

"Rangkaian barangan farmaseutikal-termasuk antibiotik, penstabilan mood dan ubat-ubatan yang dibeli di kedai seperti asetaminofen dan ibuprofen- ditemui di dalam bekalan air minuman bagi sekurang-kurangnya 40 juta rakyat Amarika"

Sebelum air sampai ke paip pengguna, ia akan bersentuh dengan bermacam-macam bahan, termasuklah jirim organik dan tak organik, bahan kimia dan pencemaran merbahaya lain. kebanyakan sistem air awam biasanya merawat air dengan klorin yang boleh mewujudkan hasil sampingan yang jelas membawa risiko kesihatan.

ADAKAH SEMUA SISTEM RAWATAN AIR MEMBERI MINUMAN YANG SELAMAT DAN BERKUALITI TINGGI?

Pada hari ini, rawatan air minuman di titik kegunaan (poit-of-use) bukan lagi satu kemewahan tetepi ia adalah keperluan penting. Para pengguna semakin memikirkan tentang kualiti air yang diminum oleh mereka dan keluarga setiap hari, dengan memasang sistem air minuman yang diyakini memberikan air yang semula jadi, bersih dan lebih sehat. Namun begitu, kepentingan memilih sistem air yang betul demi kualiti air terbaik kekAl menjadi cabaran sukar kepada ramai pengguna.

BEYOND WATER BIO-ACTIVE REFORMING SYSTEM


Beyond water dicipta daripada teknologi pemulihan air yang paling maju pada hari ini. Lebih penting lagi, Beyond water didedikasikan ke arah membekalkan para pengguna kualiti tertinggi air hidup semula yang lazat, tulen dan teraktif. Prestasi yang hebat, tahan lasak dan berkecekapan tinggi. Memastikan air hidup yang jernih, bersih dan berkualiti tinggi setiap kali anda perlukannya dengan jangka hayat kebuk penapis yang tahan lama yang boleh menapis, menulen, mengatifkan dan memagnetkan isipadu air yang melebihi prestasi semua piawaian penapis lain! kini, Beyond water model generasi kedua yang berbentuk serba baru ini tersedia dengan ciri-ciri yang lebih dipertinggatkan untuk memberikan lebih banyak kebaikan termasuklah penggunaan bebola Anti-Bakteria Nano Perak bergred terbaik lagi berkuasa yang meningkatkan penyingkiran mikroorganisma dan bakteria yang tidak dapat ditanding oleh sistem penapis dan penulenan lain. Juga mempunyai medium penapis baru-Bebola Seramik Alkali Kalsium untuk menggalakkan prestasi handalan sistem pemulihan air bio-aktif berteknologi tinggi dan meninggkatkan kualiti unik Air Hidup Semulajadi.






SISTEM ALIRAN SELARI PELBAGAI KEBUK, PELBAGAI PERINGKAT DENGAN TEKNOLOGI PEMULIHAN AIR YANG CANGGIH



ULT
RA 1 (KEBUK PENAPIS TUNGGAAL)


Pra-rawatan bagi menyingkirkan zarahan terampai, sedimen dan bahan kotoran. Pra-sterilan untuk mengurangkan mikroorganisma, sista bakteria,bau busuk dan rasa yang kurang menyenangkan. Mengawal pH air










TERMINATOR 2 (KEBUK PENAPI
S BERKEMBAR)



Membasmi dan menyingkirkan pencemaran seperti klorin, hidrogen sulfida,VOC, THM, amonia, sesium radioaktif, logam berat, bau, rasa dan kekeruhan








MONITOR 3 (KEBUK PENAPIS BERKEMBAR)



Memulenkan dan menggilap kualiti air ke tahap tertinggi. Menggalakkan penyingkiran bahan pencemaraan dan bau yang mungkin tertinggal. Meningkatkan sifat "penyembuhan"







ACTIVATOR 4 (KEBUK PENAPIS BERKEMBAR)



Peringkat terakhir peningkatan fungsi penulenan, pensterilan dan penyahbauan. Mengurangkan saiz gugusan air. Menukar dan mengaktifkan "Bio-Tenaga Hidup" air. Meningkatkan mineral bermanfaat di dalam air. Melaras dan menstabilkan pH air.







TERUSAN PENSTABILAN AIR ALIRAN LAMBAT (PAMAGNET)

Terletak di bahagian bawah kerangka dan dilekatkan bersama menggunakan proses pelekatan ultrasonik canggih yang kalis bocor adalah turusan air aliran lambat yang ditentukur khas yang dikenali sebagai Terusan Penstabil Air Aliran Lambat. Di sini, air yang telah ditulenkan dan diaktifkan yang keluar dari ACTIVATOR 4 kemudiannya didedahkan kepada Radas Pemagnetan Tetap Neodimium Berkuasa Tinggi yang memagnetkan air dengan kadar kuasa pemagnetan mencapai sehingga 10,000 Gauss, menghasilkan cas yang memisahkan gugusan molekul air, menyebabkan mereka menolak antara satu sama lain untuk menghasilkan tenaga. Air yang dimagnetkan akan menjadi stabil dan memberikan sifat penyembuhan dan "Bio-Tenaga Hidup" kepada sesiapa yang meminumnya.
SISTEM PEMULIHAN AIR DENGAN KEBUK PENAPIS LUTSINAR SEPENUHNYA YANG PERTAMA DI PASARAN!

Jaminan terbaik untuk menghasilkan Air Hidup Semula Jadi yang paling menyihatkan datangnya dari penggunaan medium penapisan yang terbaik bagi penapis, penulenan dan pengaktifan berkesan air minuman biasa. Beyond Water yang merintis penggunaan kebuk penapis lutsinar sepenuhnya dengan Proses Pengisian Pamadatan-Getaran memastikan dan menbuktikan bahawa setiap daripada ketujuh-tujuh kebuk penapis berteknologi tingginya diisi dengan kepadatan medium 100%. Penyatuan ciri yang unik dan inovatif ini sekali lagi mempamerkan ketulusan dan kesungguhan komitmen ZHULIAN dalam memberikan pilihan terbaik di pasaran buat para pengguna.




tested by
SIRIM QAS INTERNATIONAL


Thanks to:
Zhulian Marketing (M) Sdn. Bhd

No comments:

Post a Comment