Friday, June 19, 2009

"Adakah tidur anda berkualiti"

LAPIK TILAM YANG UNIK, MEWAH DENGAN 7 FUNGSI UTAMA DAN RANGKAIAN KEBAIKAN YANG MENYELURUH!


Tidak kira sama ada anda memiliki tilam yang usang atau pun yang baru, Lapik Tilam Teraputik Bio-ion Contiago akan menambahkan keselesaan yang tidak pernah dirasai. Busa dalaman yang bermutu tinggi memberikan sokongan yang teguh tetapi lembut sementara sarung luar damask jacquard memberikan sentuhan mewah kepada katil anda. Yang lebih utama, ia memberi 7 fungsi untuk lebih segar dan cergas di sebalik keselesaan dan tidur berkualiti tinggi yang anda nikmati.


CIRI-CIRI UTAMA LAPIK TILAM TERAPUTIK BIO-ION CONTIAGO
  • 7 fungsi Lapik Tilam Teraputik Bio-ion Contiago:


Fungsi Inframerah Jauh








Fungsi Bio-Magnetik







Fungsi Terma








Fungsi Batu Mineral Jed Semula Jadi








Fungsi Ion Negatif









Sokongan Tulang Belakang








Perlindungan Anti-hama






  • Lapisan Luar Damask Jacquard Anti Hama yang bermutu tinggi
  • Penyelidikan dan Pembangunan Termaju Inovasi Produk
  • Amat Selesa dan merehatkan
  • Rekaan Sempurna dengan Tepi yang Diperkemaskan untuk keteguhan dan ketahanan
  • Terdapat Dalam saiz 'single', 'queen' dan'king'


PEMBINAAN TERMAJU LAPIK TILAM TERAPUTIK BIO-ION CONTIAGO

Lapik Tilam Teraputik Bio-ion contiago dibentuk daripada 11 lapisan berkualiti tertinggi yang memberikan fungsi kebaikan penting. Sebelas lapisan ini ialah:
  1. Fabrik Poliester / Polipropilena Damask Jacquqrd dengan elemen Inframerah Jauh dan kawalan anti-hama
  2. Bulu Bebiri Sintetik
  3. Fabrik Tidak Bertenun yang memancarkan Ion Negatif
  4. Busa Poliuretana Tahan-haba
  5. Elemen Pemanas Karbon Bertebat
  6. Busa Poliuretana Tahan-hama
  7. Busa Poliuretana bertata(Magnet Kekel neodimium Berprestasi Ultra Tinggi, Magnet Kekel Fert Berprestasi tinggi, Batu Mineral Jed Semula Jadi)
  8. Kepingan Aluminium Berlogam
  9. Kepingan Busa Polietilena
  10. Bulu Bebiri Sintetik
  11. Fabrik Poliester / polipropilena Damask Jacquard

UNIT KAWALAN TERMOSTAT TERMAJU PELBAGAI-FUNGSI

Penetapan suhu Elemen Pemanasan Karbon Bertebat dalam Lapik Tilam Teraputik Bio-ion Contiago dikawal oleh unit kawalan termostat termaju pelbagai-fungsi yang mudah dikendalikan. Ciri-cirinya ialah:
  • Terselamat dari kejutan elektrik!
  • Pengendalian mudah
  • Menukar operasi bekalan kuasa dr AC ke DC
  • Pad kekunci 'sentuk lembut'
  • Pra-set yang mudah ditukar
  • Penunjuk kuasa
  • Pemadaman secara automatik (jika melebihi 2 jam dari tempoh penetapan maksimum)
  • Menjimatkan-penggunaan kuasa yang rendah
  • Dilindungi oleh jaminaan produk



Thanks to:
Zhulian Marketing (M) Sdn. Bhd

Thursday, June 18, 2009

"Titipan Untuk Usahawan Zhulian"

Dalam kehidupan ini, Apa yang terjadi, pasti akan terjadi, Hujan yang turun, pasti akan berhenti, Mentari yang cerah, pasti akan menyinari,



Dalam kehidupan yang bersama kita terokai, Segalanya sentiasa datang dan pergi, Terus bertukar, silih berganti, Oleh itu, usah kita, hanya menunggu dan menangisi, Oleh itu, usah kita, hanya mengharap dan menanti, Persediaan diri perlu dilengkapi, Supaya hari-hari dilalui indah dan berseri,



Kata bijak bistari, Bermulanya setahuan dari musim bunga yang indah, Bermulanya sebulan dari pertama yang padu, Bermulanya sehari dari waktu subuh yang syahdu,



Semoga bermulanya azam, tekad dan hasrat, Tercipta dari pertemuan dan permulaan yang hebat, Semoga di penghujung nanti telah tersedia, Sebuah kejayaan yang nyata, Kejayaan yang sempurna, kejayaan yang sejati, Kejayaan yang kekel dan abadi, Bersama kita memikul misi dan visi, Untuk berlabuh di perlabuhan kejayaan ini.




Credit for:
RCM Pn. Salina Binti Selamat
Diamond Star 2007, 2008 & 2009
Zhulian Exclusive Member

"Semangat Membara Seorang Sang Juara"

Istimewa untukmu putera puteriku, pejuang Zhulian,
Gunung itu tidak tinggi anakku,
Dengan keazaman kau mampu mendaki ke puncaknya,
Lautan itu tidak luas anakku,
Dengan ketabahan kau mampu menyeberanginya,
Lembah itu tidak curam anakku,
Dengan kecekalan kau mampu menuruninya,
Taufan itu tidak ganas anakku,
Dengan kehebatanmu kau mampu
menghadapinya,


Ayuh persiapkan diri untuk bangkit kembali,
Ayuh cekalkan hati, hadapi segalanya dengan berani,

Mulakan hayunan langkahmu hari ini,

Usahlah kau bertangguh lagi,

Percaya dan yakin, sesungguhnya hati,

Dengan kudrat anugerah ilahi,
Berbekal kegigihan juga kesabaran,

Berbekal kesungguhan juga kesanggupan,

Kejayaan gemilang akan kau bawa pulang,


Meski nama tidak sebaris bintang terbilang,
Namun yakinlah,
Piala kemenangan pasti dapat kau julang,

Kerana sesungguhnya....
Kau 'Juara' sebuah perjuangan!




Credit for:
RCM Pn. Salina Binti Selamat
Diamond Star 2007, 2008 & 2009
Zhulian Exclusive Member

Wednesday, May 13, 2009

Gaya hidup yang lebih baik dan sihat!




AIR DAN KEHIDUPAN

Air adalah elemen penting untuk kewujudan kehidupan. Air disingkirkan dari tubuh melalui air kencing dan pepeluhan, dan ia perlu ditambah kembali secara kerap. Tidak ramai orang yang minum air secukupnya lantas menyebabkan mereka terdehidrat, menunjukkan simptom seperti sakit kepala dan hilang daya tumpuan. Pendehidratan kronik boleh menjurus kepada beberapa masalah kesihatan termasuklah sembelit, kelesuan dan batu karang ginjal.

Hari ini, para pengguna semakin peka dan bimbang akan kualiti air yang diminum serta bagaimana ia bertindak sebagai komponen kritikal bagi menentukan kualiti kehidupan yang kita lalui. Memandangkan sehingga 70% tubuh manusia terdiri daripada air, maka jenis dan kualiti air yang kita minum adalah amat penting terhadap kesihatan kita.

HUBUNGAN PENTING ANTARA AIR DAN KESIHATAN
kandu
ngan air di dalam tubuh kita


Otak 80%
Jantung 75%
Paru-paru 86%
Hati 86%
Ginjal 83%
Otot 75%
Darah 83%
Tulang 22%

ANCAMAN BAHAYA MENANTI DI SEBALIK AIR MINUMAN ANDA

"Rangkaian barangan farmaseutikal-termasuk antibiotik, penstabilan mood dan ubat-ubatan yang dibeli di kedai seperti asetaminofen dan ibuprofen- ditemui di dalam bekalan air minuman bagi sekurang-kurangnya 40 juta rakyat Amarika"

Sebelum air sampai ke paip pengguna, ia akan bersentuh dengan bermacam-macam bahan, termasuklah jirim organik dan tak organik, bahan kimia dan pencemaran merbahaya lain. kebanyakan sistem air awam biasanya merawat air dengan klorin yang boleh mewujudkan hasil sampingan yang jelas membawa risiko kesihatan.

ADAKAH SEMUA SISTEM RAWATAN AIR MEMBERI MINUMAN YANG SELAMAT DAN BERKUALITI TINGGI?

Pada hari ini, rawatan air minuman di titik kegunaan (poit-of-use) bukan lagi satu kemewahan tetepi ia adalah keperluan penting. Para pengguna semakin memikirkan tentang kualiti air yang diminum oleh mereka dan keluarga setiap hari, dengan memasang sistem air minuman yang diyakini memberikan air yang semula jadi, bersih dan lebih sehat. Namun begitu, kepentingan memilih sistem air yang betul demi kualiti air terbaik kekAl menjadi cabaran sukar kepada ramai pengguna.

BEYOND WATER BIO-ACTIVE REFORMING SYSTEM


Beyond water dicipta daripada teknologi pemulihan air yang paling maju pada hari ini. Lebih penting lagi, Beyond water didedikasikan ke arah membekalkan para pengguna kualiti tertinggi air hidup semula yang lazat, tulen dan teraktif. Prestasi yang hebat, tahan lasak dan berkecekapan tinggi. Memastikan air hidup yang jernih, bersih dan berkualiti tinggi setiap kali anda perlukannya dengan jangka hayat kebuk penapis yang tahan lama yang boleh menapis, menulen, mengatifkan dan memagnetkan isipadu air yang melebihi prestasi semua piawaian penapis lain! kini, Beyond water model generasi kedua yang berbentuk serba baru ini tersedia dengan ciri-ciri yang lebih dipertinggatkan untuk memberikan lebih banyak kebaikan termasuklah penggunaan bebola Anti-Bakteria Nano Perak bergred terbaik lagi berkuasa yang meningkatkan penyingkiran mikroorganisma dan bakteria yang tidak dapat ditanding oleh sistem penapis dan penulenan lain. Juga mempunyai medium penapis baru-Bebola Seramik Alkali Kalsium untuk menggalakkan prestasi handalan sistem pemulihan air bio-aktif berteknologi tinggi dan meninggkatkan kualiti unik Air Hidup Semulajadi.






SISTEM ALIRAN SELARI PELBAGAI KEBUK, PELBAGAI PERINGKAT DENGAN TEKNOLOGI PEMULIHAN AIR YANG CANGGIH



ULT
RA 1 (KEBUK PENAPIS TUNGGAAL)


Pra-rawatan bagi menyingkirkan zarahan terampai, sedimen dan bahan kotoran. Pra-sterilan untuk mengurangkan mikroorganisma, sista bakteria,bau busuk dan rasa yang kurang menyenangkan. Mengawal pH air










TERMINATOR 2 (KEBUK PENAPI
S BERKEMBAR)



Membasmi dan menyingkirkan pencemaran seperti klorin, hidrogen sulfida,VOC, THM, amonia, sesium radioaktif, logam berat, bau, rasa dan kekeruhan








MONITOR 3 (KEBUK PENAPIS BERKEMBAR)



Memulenkan dan menggilap kualiti air ke tahap tertinggi. Menggalakkan penyingkiran bahan pencemaraan dan bau yang mungkin tertinggal. Meningkatkan sifat "penyembuhan"







ACTIVATOR 4 (KEBUK PENAPIS BERKEMBAR)



Peringkat terakhir peningkatan fungsi penulenan, pensterilan dan penyahbauan. Mengurangkan saiz gugusan air. Menukar dan mengaktifkan "Bio-Tenaga Hidup" air. Meningkatkan mineral bermanfaat di dalam air. Melaras dan menstabilkan pH air.







TERUSAN PENSTABILAN AIR ALIRAN LAMBAT (PAMAGNET)

Terletak di bahagian bawah kerangka dan dilekatkan bersama menggunakan proses pelekatan ultrasonik canggih yang kalis bocor adalah turusan air aliran lambat yang ditentukur khas yang dikenali sebagai Terusan Penstabil Air Aliran Lambat. Di sini, air yang telah ditulenkan dan diaktifkan yang keluar dari ACTIVATOR 4 kemudiannya didedahkan kepada Radas Pemagnetan Tetap Neodimium Berkuasa Tinggi yang memagnetkan air dengan kadar kuasa pemagnetan mencapai sehingga 10,000 Gauss, menghasilkan cas yang memisahkan gugusan molekul air, menyebabkan mereka menolak antara satu sama lain untuk menghasilkan tenaga. Air yang dimagnetkan akan menjadi stabil dan memberikan sifat penyembuhan dan "Bio-Tenaga Hidup" kepada sesiapa yang meminumnya.
SISTEM PEMULIHAN AIR DENGAN KEBUK PENAPIS LUTSINAR SEPENUHNYA YANG PERTAMA DI PASARAN!

Jaminan terbaik untuk menghasilkan Air Hidup Semula Jadi yang paling menyihatkan datangnya dari penggunaan medium penapisan yang terbaik bagi penapis, penulenan dan pengaktifan berkesan air minuman biasa. Beyond Water yang merintis penggunaan kebuk penapis lutsinar sepenuhnya dengan Proses Pengisian Pamadatan-Getaran memastikan dan menbuktikan bahawa setiap daripada ketujuh-tujuh kebuk penapis berteknologi tingginya diisi dengan kepadatan medium 100%. Penyatuan ciri yang unik dan inovatif ini sekali lagi mempamerkan ketulusan dan kesungguhan komitmen ZHULIAN dalam memberikan pilihan terbaik di pasaran buat para pengguna.




tested by
SIRIM QAS INTERNATIONAL


Thanks to:
Zhulian Marketing (M) Sdn. Bhd

Monday, May 11, 2009

Menangani Kesihatan Bermula Dari Dalaman...

ADAKAH ANDA DI DALAM SITUASI 'KATAK DIREBUS'?
Dalam 'teori katak direbus', seandainya diletakkan seekor katak di dalam periuk berisi air sejuk dan periuk itu dipanaskan sedikit demi sedikit sehingga satu tempoh yang lama, si katak tidak akan sedar ia sedang 'dimasak' dan berada di dalam situasi yang merbahaya. Teori ini adalah satu perumpamaan yang baik untuk menggambarkan situasi yang dihadapi manusia: kita selalu mengambil mudah perihal kesihatan, mengambil makanan yang mengancam kesihatan tanpa senaman dan tidur seperti yang sepatutnya tanpa mengatahui akan bahayanya. Seperti juga si katak, kita cenderung untuk mengabaikan tanda-tanda bahaya di sekeliling kita dan meneruskan hidup dengan kesihatan yang semakin merosot, sel tubuh yang rosak dan penuaan tubuh sebelum masanya. Bagi kebanyakkan di antara kita, pada masa kita tersedar akan penyakit yang menyerang diri, keadaan telah terlambat.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

Mencegah penyakit adalah lebih baik dan lebih bijak berbanding mengubatinya.
Kebanyakan diet orang asia adalah
tidak seimbang dan kita perlu mengambil tambahan kesihatan untuk mendapatkan kebaikan optimum. Pemakanan yang tidak baik bermakna segalanya didalam tubuh kita berfungsi dengan kurang berkesan dan kurang seimbang. Selagi kita tidak mendapat nutrisi terbaik yang diperlukan iaitu makanan berkhasiat dengan nutrisi semula jadi maka kita akan membinasakan diri sendiri.

"Seperti enjin kereta, jika tidak diservis untuk satu jangka masa yang panjang akan mengumpul kekotoran manakala enjin dan minyak brek yang terlalu lama digunakan akan menyebabkan enjinnya haus dan lusuh. Kesan yang serupa ini boleh berlaku di dalam tubuh manusia kerana pengumpulan toksin sekian lama akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan"

Dr Azhar Mat Easa
Prof. Madya
Ph.D Sains makanan(University of Nottingham)

FAKTOR PERSEKITARAN DAN GAYA HIDUP-PENYEBAB PENUAAN DAN PENYAKIT

Penuaan dan penyakit adalah disebabkan pelbagai faktor persekitaran dan gaya hidup seperti:
  • PENCEMARAN AIR
Hampir kesemua pencemaran air seperti natrium, raksa dan plumbum adalah terdiri daripada bahan bahaya kepada manusia dan memberi implikasi seperti penyakit darah, kerosakan hati dan saraf, masalah kulit, tua sebelum waktunya, muntah, cirit-birit serta ketidak normalan fetus.

  • PENCEMARAN UDARA
Pencemaran yang terdapat pada udara akan sampai ke dalam tubuh kita apabila kita makan, minum dan bernafas.Pencemaran merbahaya ini adalah faktor utama penyebab penyakit, penuaan sebelum waktu dan penjejas kesejahteraan kita. Pencemaran udara juga meningkatkan risiko penyakit jantung yang menyebabkan maut dan ritma jantung yang tidak normal.

  • PENGAMBILAN MAKANAN YANG TIDAK SIHAT
Setiap hari kita mencernakan pelbagai bahan merbahaya seperti bahan kimia tambahan, pengawet, racun serangga dan lain-lain di dalam makanan kita. Kita menghirup udara kotor dan minum air yang tepu dengan bahan kimia. Bahan-bahan ini menggangu organ penting tubuh seperti hati, jantung dan otak. Tubuh kita tidak dapat menangani toksin-toksin sedemikian maka bahan tersebut disimpan sahaja di dalam tisu tubuh sehingga mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya. Diet yang tidak seimbang boleh juga mengancam tubuh kerana kekurangan nutrisi yang penting bagi menjalankan fungsi tubuh dengan baik.

  • STRES
Stres boleh dikaitkan dengan masalah yang melibatkan keluarga, pelajaran, kerja atau kewangan dan ia adalah sebahagian daripada gaya hidup moden hari ini. Simptom minor adalah seperti tidur terganggu atau kehilangan selera makan, namun implikasi major akan menyebabkan kemurunan yang teruk, penyakit mental, kecenderungan membunuh diri atau juga keganasan seperti mencederakan diri sendiri dan orang lain. Penyakit seperti ulser perut, hupertensi, serangan jantung dan strok.

  • TIDUR TERGANGGU
Tidur terganggu menyebabkan mereka yang mengalaminya rasa terganggu dan mempunyai masalah penumpuan. Mereka akan terjaga dengan kepala yang sakit dan mengantuk sepanjang hari serta kurang peka, kurang penumpuan dan mengalami insomnia.

B'YOUNG ADVANCED FUNCTIONAL BEVERAGE

B'YOUNG DAN ASAS NUTRISI SIHAT

Terdapat 6 kategori nutrisi:
  1. Karbohidrat- Sumber utama tenaga dan terkandung di dalam kanji, gula dan serat. Pengambilan jenis karbohidrat yang baik adalah penting. Serat adalah penting bagi pergerakan usus yang normal. Gula asli seperti yang terkandung di dalam buah-buahan (frutosa) dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan. Sebaliknya, gula proses (gula biasa) adalah amat tidak menyihatkan.
  2. Vitamin- Secara amnya, vitamin bertindak sebagai pemangkin yang membantu tubuh menjalankan pelbagai fungsi. Namun, vitamin juga adalah bahan organik yang penting di dalam kehidupan. Kebanyakan vitamin tidak dihasilkan oleh tubuh dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada diet. Vitamin D sahaja yang boleh dihasilkan oleh tubuh melalui penyerapan sinar matahari. Kebanyakan vitamin yang diperlukan untuk diet yang sihat dan seimbang datangnya daripada tumbuh-tumbuhan.
  3. Mineral- Mineral perlu dibekalkan di dalam diet kita kerana mineral tidak dapat dihasilkan di dalam tubuh. Ia sangat penting bagi fungsi proses metabolisma tubuh. Mineral seperti kalsium(Ca), besi(Fe) dan natrium(Na) yang terlarut di dalam air membantu membekalkan nutrisi penting kepada tubuh.
  4. Protein- Bahan yang membina pertumbuhan dn membaiki tisu tubuh. Tanpa protein, tubuh akan mengalami kemusnahan tisu ototnya sendiri. Protein juga digunakan untuk menstabilkan tahap gula di dalam darah dengan merangsangkan glukagon. Protein tumbuhan adalah pengambilan pilihan protein yang terbaik.
  5. Lemak- Walaupun sejumlah lemak diperlukan di dalam diet kita, namun kita perlu mengetahui bahaya lemak haiwan yang berlebihan. Sebaliknya, lemak poli tak tepu atau lemak berasaskan tumbuhan memberikan kebaikan kesihatan yang lebih baik.
  6. Air- 2/3 komposisi tubuh kita terdiri daripada air dan air adalah asas kehidupan. Pada hari ini, air minuman berkualiti terbaik sentiasa diancam pencemaran. Air hidup semula jadi adalah satu daripada sumber terbaik air terbioaktif yang bersih, yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan.

Seperti kata-kata hikmah "Anda adalah apa yang anda makan", maka anda boleh bertambah sihat dengan memakan makanan yang lebih sihat. B'YOUNG ADVANCED FUNCTIONAL BEVERAGE adalah formulasi unik yang bukan sahaja memberikan nutrisi penting melalui ramuan buah-buahan dan sayur-sayuran tetapi ia juga memberikan dimensi tambahan sebagai minuman berfungsi yang membantu mencegah penyakit dan menggalakkan anti penuaan.

Justeru adalah sangat penting bagi anda memulakan dan meneruskan pengambila B'YOUNG ADVANCED FUNCTIONAL BEVERAGE secepat mungkin agar anda dapat menikmati kebaikan hebat yang diberikan sebelum terlewat! Ingatlah, cegah sebelum parah!

B'YOUNG PROSES '3R'- RELEASE (SINGKIR),RELAX (REHAT) DAN REVIVE (PULIH)

  • Release (singkir) - bertujuan menyahtoksik serta membuang bahan yang tidak diperlukan dan toksik merbahaya yang membawa pelbagai gangguan kepada tubuh anda.
  • Relax (rehat) - tertumpu kepada memberikan tubuh kelegaan daripada stress bagi merehat dan merawat tubuh agar tubuh dapat kekal sihat dan muda. Sintesis melatonin semula jadi di dalam tubuh memainkan peranan penting ini.
  • Revive (pulih) - bertindak membina semula tisu tubuh, menguatkan ketahanan tubuh dan menyegarkan kembali fungsi tubuh untuk membantu mengembalikan kemudaan dan kesihatan anda.

B'YOUNG ADVANCE FUNCTIONAL BEVERAGE TERDAPAT DI DALAM 3 PILIHAN UTAMA

SUPREME GOLD- Rangsangan zat berkhasiat untuk kesan maksimum!

PREMIUM STANDART- Pilihan premium dengan manfaat premium!
MAINTENANCE COURSE- Menguruskan penjagaan dan pengekalan kesihatan!
HASIL KEBERKESANAN B'YOUNG

KEBAIKAN JANGKA PENDEK
  • Menggalakkan tidur yang lebih baik
  • Mencuci kolon untuk fungsi usus yang sihat
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Melegakan stress/kemurungan
kEBAIKAN JANGKA PANJANG
  • Melambatkan proses penuaan
  • Membantu mencegah keadaan atau permulaan penyakit
  • Meningkatkan kekenyalan kulit seperti kelembutannya semasa muda
  • Meningkatkan kepekaan mental
  • Menggalakan pengawalan berat badan,mengurangkan lemak berlebihan
  • Meneutralkan radikal bebas
  • Menguatkan sistem imun
  • Mengawalaturkan sistem pencernaan
  • Mengawalaturkan sistem peredaran
  • Mengawalaturkan fungsi kelenjar dalaman dan organ
  • Menolong mencegah penyakit koronari
  • Mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL)
  • Menggalakkan penbentukan tulang sihat
  • Mencergaskan libido

Thanks to:
Zhulian Marketing Sdn. Bhd. Malaysia