Friday, June 19, 2009

"Adakah tidur anda berkualiti"

LAPIK TILAM YANG UNIK, MEWAH DENGAN 7 FUNGSI UTAMA DAN RANGKAIAN KEBAIKAN YANG MENYELURUH!


Tidak kira sama ada anda memiliki tilam yang usang atau pun yang baru, Lapik Tilam Teraputik Bio-ion Contiago akan menambahkan keselesaan yang tidak pernah dirasai. Busa dalaman yang bermutu tinggi memberikan sokongan yang teguh tetapi lembut sementara sarung luar damask jacquard memberikan sentuhan mewah kepada katil anda. Yang lebih utama, ia memberi 7 fungsi untuk lebih segar dan cergas di sebalik keselesaan dan tidur berkualiti tinggi yang anda nikmati.


CIRI-CIRI UTAMA LAPIK TILAM TERAPUTIK BIO-ION CONTIAGO
  • 7 fungsi Lapik Tilam Teraputik Bio-ion Contiago:


Fungsi Inframerah Jauh








Fungsi Bio-Magnetik







Fungsi Terma








Fungsi Batu Mineral Jed Semula Jadi








Fungsi Ion Negatif









Sokongan Tulang Belakang








Perlindungan Anti-hama






  • Lapisan Luar Damask Jacquard Anti Hama yang bermutu tinggi
  • Penyelidikan dan Pembangunan Termaju Inovasi Produk
  • Amat Selesa dan merehatkan
  • Rekaan Sempurna dengan Tepi yang Diperkemaskan untuk keteguhan dan ketahanan
  • Terdapat Dalam saiz 'single', 'queen' dan'king'


PEMBINAAN TERMAJU LAPIK TILAM TERAPUTIK BIO-ION CONTIAGO

Lapik Tilam Teraputik Bio-ion contiago dibentuk daripada 11 lapisan berkualiti tertinggi yang memberikan fungsi kebaikan penting. Sebelas lapisan ini ialah:
  1. Fabrik Poliester / Polipropilena Damask Jacquqrd dengan elemen Inframerah Jauh dan kawalan anti-hama
  2. Bulu Bebiri Sintetik
  3. Fabrik Tidak Bertenun yang memancarkan Ion Negatif
  4. Busa Poliuretana Tahan-haba
  5. Elemen Pemanas Karbon Bertebat
  6. Busa Poliuretana Tahan-hama
  7. Busa Poliuretana bertata(Magnet Kekel neodimium Berprestasi Ultra Tinggi, Magnet Kekel Fert Berprestasi tinggi, Batu Mineral Jed Semula Jadi)
  8. Kepingan Aluminium Berlogam
  9. Kepingan Busa Polietilena
  10. Bulu Bebiri Sintetik
  11. Fabrik Poliester / polipropilena Damask Jacquard

UNIT KAWALAN TERMOSTAT TERMAJU PELBAGAI-FUNGSI

Penetapan suhu Elemen Pemanasan Karbon Bertebat dalam Lapik Tilam Teraputik Bio-ion Contiago dikawal oleh unit kawalan termostat termaju pelbagai-fungsi yang mudah dikendalikan. Ciri-cirinya ialah:
  • Terselamat dari kejutan elektrik!
  • Pengendalian mudah
  • Menukar operasi bekalan kuasa dr AC ke DC
  • Pad kekunci 'sentuk lembut'
  • Pra-set yang mudah ditukar
  • Penunjuk kuasa
  • Pemadaman secara automatik (jika melebihi 2 jam dari tempoh penetapan maksimum)
  • Menjimatkan-penggunaan kuasa yang rendah
  • Dilindungi oleh jaminaan produk



Thanks to:
Zhulian Marketing (M) Sdn. Bhd

Thursday, June 18, 2009

"Titipan Untuk Usahawan Zhulian"

Dalam kehidupan ini, Apa yang terjadi, pasti akan terjadi, Hujan yang turun, pasti akan berhenti, Mentari yang cerah, pasti akan menyinari,



Dalam kehidupan yang bersama kita terokai, Segalanya sentiasa datang dan pergi, Terus bertukar, silih berganti, Oleh itu, usah kita, hanya menunggu dan menangisi, Oleh itu, usah kita, hanya mengharap dan menanti, Persediaan diri perlu dilengkapi, Supaya hari-hari dilalui indah dan berseri,



Kata bijak bistari, Bermulanya setahuan dari musim bunga yang indah, Bermulanya sebulan dari pertama yang padu, Bermulanya sehari dari waktu subuh yang syahdu,



Semoga bermulanya azam, tekad dan hasrat, Tercipta dari pertemuan dan permulaan yang hebat, Semoga di penghujung nanti telah tersedia, Sebuah kejayaan yang nyata, Kejayaan yang sempurna, kejayaan yang sejati, Kejayaan yang kekel dan abadi, Bersama kita memikul misi dan visi, Untuk berlabuh di perlabuhan kejayaan ini.




Credit for:
RCM Pn. Salina Binti Selamat
Diamond Star 2007, 2008 & 2009
Zhulian Exclusive Member

"Semangat Membara Seorang Sang Juara"

Istimewa untukmu putera puteriku, pejuang Zhulian,
Gunung itu tidak tinggi anakku,
Dengan keazaman kau mampu mendaki ke puncaknya,
Lautan itu tidak luas anakku,
Dengan ketabahan kau mampu menyeberanginya,
Lembah itu tidak curam anakku,
Dengan kecekalan kau mampu menuruninya,
Taufan itu tidak ganas anakku,
Dengan kehebatanmu kau mampu
menghadapinya,


Ayuh persiapkan diri untuk bangkit kembali,
Ayuh cekalkan hati, hadapi segalanya dengan berani,

Mulakan hayunan langkahmu hari ini,

Usahlah kau bertangguh lagi,

Percaya dan yakin, sesungguhnya hati,

Dengan kudrat anugerah ilahi,
Berbekal kegigihan juga kesabaran,

Berbekal kesungguhan juga kesanggupan,

Kejayaan gemilang akan kau bawa pulang,


Meski nama tidak sebaris bintang terbilang,
Namun yakinlah,
Piala kemenangan pasti dapat kau julang,

Kerana sesungguhnya....
Kau 'Juara' sebuah perjuangan!




Credit for:
RCM Pn. Salina Binti Selamat
Diamond Star 2007, 2008 & 2009
Zhulian Exclusive Member